Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Thursday, January 23, 2014

10 Kemahiran Asas IT Yang Perlu Anda Ketahui



Biasanya individu yang kerap menggunakan komputer semakin mahir atau lebih celik tekonologi maklumat (IT) berbanding individu yang masih baharu. Namun, ini tidak semestinya berlaku kerana kemahiran sesetengah individu masih boleh ditakuk lama atau tidak banyank berubah. Ini mungkin disebabkan kurangnya minat untuk mengesploitasi benda-benda baru yang berada diluar kebiasaannya. Bagi individu yang suka meneroka, 10 kemahiran asa berikut boleh diberikan tumpuan.

Enjin Pencari
Gunakan enjin pencari lebih dari sekadar menaip alamat web atau kata kunci dalam kotak pencarian, mengklik butang Search dan memilih keputusannya. Bagi mendapatkan hasil terbaik, gunakan kaedah carian lebih maju, operator Boolean, dan enjin carian yang berbeza seperti Google, Yahoo! dan Bing yang memiliki kelebihan tersendiri.


Pemprosesan Kata
Funsi asas pemprosesan kata juga diterapkan dalam aplikasi lai. Contohnya, anda boleh menyunting dokumen menerusi aplikasi e-mel. Jadi, tidak cukup jika sekadar tahu beberapa fungsi asasnya seperti menyemak ejaan dan mencipta jadual. Selain aplikasi Word dalam Microsoft Office, aplikasi Writer dalam LibreOffice boleh dicuba

Lembaran Kerja
Aplikasi lembarab kerja mampu melakukan analisis hebat selain boleh mencipta dokumen seperti senarai alamat kenalan atau membuat bajet tahunan. Anda juga boleh menggunakan fungsi formula,memuatkan bahan rujukan, atau menambah carta. Selain aplikasi Excel dalam Microsoft Office, cubalah aplikasi Calc dalam LibreOffice

Pelayar Internet
Selain fungsi asas, anda perlu tahu menggunakan fungsi tanbahan pada pelayar web. Misalnya, cara menyimpan bookmarks, menyunting alamat web(URL), membersihkan cache pelayar web, dan memahami mesej ralat yang selalu terpapar. Selain Internet Explorer, anda patut mencuba pelayar web Google Chrome dan Mozilla Firefox.

Pengimbas Virus
Perisian antivirus selalunya dilengkapi fungsi pemantau automatik. Namun, ada malware masih boleh mnyeludup masuk tanpa disedari. Jadi, pastikan anda mampu mengenali tanda jangkitan selain tahu cara mengimbas malware secara manual. Cara guna utiliti yang direka khas untuk membuang virus tertentu juga perlu diambil berat.

Kekunci Pintasan 
Pelbagai aplikasi dalam Windows juga boleh dikawal melalui kekunci pintasan. Jika anda mengetahuinya, masa boleh disingkatkan dan produktiviti meningka. Kalau boleh, cuba pelajari kekunci pintasan yang berbeza setiap hari untuk diamalkan menjadi satu kebiasaan. Anda boleh merujuk dalam Internet ataupun sila klik link ini Shortcut key in Windows.

Sekuriti dan Privasi
Anda wajar melindung diri dari pelbagai ancaman dalam internet, salain memastikan data peribadi selamat atau privasi terpelihara. Contohnya, anda boleh mengelak dari mengklik pautan (link) yang berisiko dan melindungi fail peribadi dengan kata laluan. Atau, anda melupuskan data sensitif dengan cara terbaik agar sukar ditemui semula.

Masalah Rangkaian
Bagi menangani masalah rangkaian, anda tidak perlu mahir dalam atur cara. Sudah cukup jika anda tahu beberapa perkara asas yang boleh difahami dengan mudah. Contohnya, anda tahu alamat IP komputer, boleh memastikan kabel rangkaian telah disambungkan, dan boleh memasang program kad rangkaian atau modem yang digunakan.

Istilah Perkakasan 
Cuba memahami fungsi setiap perkakasan (dalaman dan luaran) yang melengkapi sistem, agar anda tidak keliru dan menjadi lebih mahir. Contohnya, persamaan dan perbezaan kad rangkaian (atau NIC) dengan modem. Jika anda tidak pasti mengenai istilah dan fungsinya, anda boleh merujuknya dalam internet atau tapak web Wikipedia.

Jenis Sambungan
Sebagai panduan, simbol atau label selalu digunakan pada port peranti yang melengkapi komputer. Tujuannya, agar anda tidak memasang kabel/peranti pada port yang salah. Meskipun kesilapan jarang berlaku, tetapi masih boleh berlaku. Jadi, pastikan anda mengenali port-port lazim seperti USB, HDMI, RJ-45, PS/2, VGA dan DVI


Sekakat itu sahaja perkongsian saya. Harap artikel ini dapat membantu anda dalam lebih mengenali tentang komputer dan fungsinya.

No comments:

Post a Comment