Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Thursday, January 23, 2014

Media Sosial Lebih Meriah Pada Tahun 2014 ?




Tahukan anda, medium media social telah mencetuskan trend yang tersendiri dalam dunia digital sejak 10 tahun kebelakangan ini. Manakala prestasinya semakin mendadak berikutan penggunaan yang melibatkan berbilion pengguna di serata dunia. Sehubungan itu, apakah yang akan menjadi trend untuk platform ini pada tahun 2014 ?

Twitter atasi Facebook ?
  Khabarnya, sebanyak 1.18 bilion pengguna sedang menggunkan Facebook dan  58% daripadanya aktif dalam sehari, dengan purata 20 minit penggunaa setiap hari. Ini menjadikan Facebook kekal menjadi medium sosial utama di serata dunia. Meskinpun begitu , penggunaannya dilihat sedikit menurun terutamanya dikalangan pengguna remaja  sekitar 13 hingga 17 tahun, selain penurunan penggunaan dari segi jenama untuk perniagaan .
  
  Manakala penggunaan Twitter terus meningkat dikalangan remaja dan banyak jenama besar perniagaan seperti hotel, penerbangan, pelancongan, hospitality dan sebagainya aktif menggunakannya sebagai platform promosi.

Video Kegilaan Terbaru
  Bermula pada tahun 2006, video dalam media sosial terus meningkat dan tahun ini menjadikannya ketagihan baru dikalangan pengguna. Disebabkan  video berburasi pendek lebih mudah untuk dimuat turun, anda tidak perlu menjadi personality TV yang perlu bekerja dengan jurukamera untuk menghasilkan video yang baik.

  Kini, klip video dipelbagaikan untuk penjamaan,peribadi, perusahan, dan pemasaran yang sangat berkesan. Aplikasi video  ringkas seperti Vine dan Instagram juga muncul untk memudahkan integrasi terus ke Facebook.

Google+ Mula Bernafas
  Medium media sosial ini terus menjadi keutamaan pengguna khasnya dalam pemasaran. Pada tahun 2013 telah meletakkan sebagai jaringan sosial kedua terbesar di belakang Facebook dengan jumlah pengguna aktif seramai 540 juta. Google menaik taraf platform ini dengan pelbagai fungsi baru bagi menjadikannya lebih efektif.

Pemasaran Lebih Sosial
  Apabila ingin membina kempen pemasaran sosial, pemasar perlu menyediakan unsur-unsur peribadi utama yang meliputi suara pengguna dan masyarakat. Kempen pemsaran sosial menjadi satu kejayaan besar untuk pemasar jika mereka memberikan tumpuan pada reka bentuk yang boleh menggabungkan pengalaman fizikal dan digital.

  Ini  yang cuba dipraktikkan oleh kebanyakkan jenama perniagaan kecil dan sederhana. Malah, jenama yang sudah tersohor juga tidak ketinggalan dalam pemasaran dalam media sosial. Sehubungan itu, kempen pemasaran yang membabitkan jaringan sosial seperti Twitter, Facebook, Instagram, Google+ dan sebagainya haruslah diambil kira.

Aplikasi Peranti Pintar
 Beberapa tahun kebelakangan ini, aplikasi pada telefon pintar telah menggantikan khidmat perniagaan digital yang sedia ada. Pada tahun2014, kita dijangka dapat melihat perniagaan akan menggunakan platform mudah alih ini untuk menyediakan khidmat-khidmat baru kepada pasaran yang lebih luas dengan kos yang efektif.
 
  Kini, hampir semua orang memiliki telefon pintar. Biasanya aplikasi yang mudah dan senang dilayari menjadi factor penentu kejayaan beberapa khidmat atau perniagaan pada era ini. Adakah anda berminat menyertainya ?

No comments:

Post a Comment