Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Thursday, January 23, 2014

Sejarah Virus Komputer



 Di dalam dunia maya ini, virus komputer merupakan musuh terbesar bagi pengguna komputer. Hingga saat ini, jumlah virus komputer yang diketahui telah mencapai puluhan juta jenis seperti virus trojan dan lain-lain. Persoalan yang mesti terbit dibenak pemikiran kita ialah bagaimana virus ini tercipta ? dan dari mana asal usulnya ?

  Sejarah virus komputer bermula pada tahun 1949 yang dicipta oleh John Neuman yang membuat komputer digital moden yang boleh menghasilkan program yang dapat menduplikasikan fail. Namun virus komputer pertama yang betul-betul dikenal pasti pada umum pada tahun 1986 bernama Brain. virus ini dicipta oleh 2 orang saudara dari Pakistan yang bernama Basit dan Amjad.

  Virus berukuran 360kb ini dimasukkan dalam boot sektor melalui disket komputer serta menduplikasi penggunaan memori komputer. Penyebaran virus mula meluas hingga ke beberapa universiti di Amerika. Pada tahun yang sama, seorang programmer dan penulis dalam bidang keamanan komputer, Ralf Burger menyatakan dan penulisannya, bahawa prose penduplikasikan fail dapat dilakukan dengan hanya menyertakan perintah-perintah sederhana yang dapat bekerja secara automatik dari balik layar. Oleh itu, skrip ini dinamakan dengan VIRDEM.

  Selepas peristiwa itu, pelbagai virus yang berbahaya mula dihasilkan bermula pada tahun 1989-1990. virus berbaya seperti Datacrime yang dapat menformat isi harddisk telah dihasilkan lalu lahir pula virus bernama polymorphic yang dibuat oleh Mark Washburn dengan lebih terliti supaya virus itu sukar dikesan dan dibunuh. Oleh itu, antivirus ketika itu mengambil masa selam 2 tahun untuk mengesan perlakuan virus itu. Sejarah virus ini semakin tidak dapat dibendung apabila kemuncukan virus Dark Avenger dari Bulgaria yang dapat menyebarkan skrip pemprogramannya kepada pengguna komputer yang lain sehingga orang lain dapat membuat virus secara bebas.

  Dengan itu, pada tahun akhir 1990, sebuah institusi telah didirikan di Jerman iaitu EICAR. Pada saat itu, terdapat lebih kurang 150 jenis virus telah dikenal pasti. Dengan dukungan dana yang lebih besar, akhirnya munculah syarikat antivirus yang besar seperti SYMANTEC (Nortan Antivirus), CENTRAL POIN (CPAV), Micrsoft Antivirus dan lain-lain. Oleh itu, perang antara antivirus dan virus bermula pada pertengahan tahun 1991.

  Pada awal kemunculannya, mereka sudah memiliki software pelindung dari ancaman virus tetapi dalam masa begitu singkat sahaja. Olej itu, mereka masih perlu bekerja keras dalam membasmi virus komputer, terutama virus yang cukup kebal Anatra virus itu ialah Tequila yang mampu mengelabui antivirus. Penelitian antivirus telah bekerja keras selama setengah tahun untk mengetahui gerak geri virus itu.

  Saat ini, perkembangan teknologi antivirus semakin canggih. Sebuah program antivirus sudah mampu menjejaki virus-virus baru di komputer hanya dalam setengah jam sahaja dan beberapa jam untuk mengaupload sampel virus sehingga dapat dikenal pasti maklumat virus itu.

Sampai situ sahaja perkongsian saya dengan kamu semua pada hari ini. Sekian Terima Kasih  :)





No comments:

Post a Comment